sktbr1.zoom-a.com
SEK. KEB. TAMAN BUNGA RAYA (1)
BUKIT BERUNTUNG 48300 RAWANG, SELANGOR Tel : [03-60215067], Faks : [03-60215067]
e-mel : sktbr1@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | BARISAN PENTADBIR | PIBG | BUKU PELAWAT | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | LOKASI KAMI | DALAM KENANGAN | UNIT HEM | UNIT PPKI |

 MAKSUD LAMBANG PADA LENCANA .

Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya(1) dengan       mottonya   BERILMU, BERDISIPLIN, BERKETERAMPILAN telah dicipta oleh Puan Rosmanizah bt Abdul Rashid,     merupakan seorang   pensyarah di    Institut Aminuddin Baki (IAB).  Beliau  berasal dari Negeri  Kedah Darul Aman, pernah menjadi tenaga pengajar di    Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh

Bunga Raya :

* Mewakili nama tempat sekolah ini dibina iaitu di Taman Bunga Raya dan ianya juga   adalah bunga kebanggaan rakyat Malaysia (Bunga Kebangsaan Negara kita )

*Lima kelopak bunga raya adalah mewakili Rukun Negara kita.

 

3 Bulatan :

*Adalah lambang guru, murid serta ibu bapa yang bersatu dalam menaikkan martabat sekolah ini berdasarkan visi dan misi sekolah.

 

Al-Quran :  Melambangkan segala tindak-tanduk yang dilakukan tidak bercanggah   dengan ajaran agama.

 

Warna Merah dan Kuning :

*Melambangkan warna bendera Negeri Selangor

  

Warna Biru :

*Melambangkan perpaduan semua warga sekolah  

Bentuk Lencana :

*Bentuk lencana yang meruncing ke atas adalah melambangkan usaha semua warga sekolah dalam mencapai matlamat menuju kejayaan berdasarkan visi dan misi sekolah.

 

Moto :     

Moto yang ada di dalam lencana Sekolah iaitu ‘ Berilmu, Berdisiplin, Berketerampilan’. Bermaksud warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan disiplin yang baik akan mampu menjadi insan yang mempunyai akhlak yang terpuji serta boleh menjadi   pemimpin di dalam keluarga dan masyarakat .



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: